Wan Fayhsal Jangan Menipu: Grab Bukan "Bawah" Kementerian Kewangan

20 Januari 2024
Mahasiswa Keadilan Malaysia menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal bahawa beliau secara terbuka mendakwa syarikat GrabTaxi Holdings (dikenali sebagai Grab) adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian pada himpunan penghantar makanan e-hailing yang diadakan pada 17 Januari 2024 di Petaling Jaya.

Ini adalah satu penipuan secara terang-terangan yang berniat jahat untuk memburukkan nama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui syarikat GrabTaxi Holdings adalah sebuah syarikat teknologi swasta yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli Parlimen Machang itu seolah-olah sengaja ingin memperbodohkan rakyat dengan maklumat yang tidak betul.

Justeru itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia menggesa YB Wan Ahmad Fayhsal untuk menarik semula kenyataan beliau dan memperbetulkan fakta.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan bahkan ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Mahasiswa Keadilan Malaysia

Comments
* The email will not be published on the website.