Pendidikan akademik sahaja, tidak akan melahirkan insan yang berkualiti, tidak pandai menguruskan perkara-perkara asas, tidak tahu menyelesaikan masalah kemanusiaan dan ‘skil’ pengucapan awam tidak ada. Hal ini kerana manusia sebegini, hidupnya hanya memikirkan sebuah kertas dan sebuah pena dalam menguruskan kecemerlangan akademik. Individu ini hanyalah menghafal, taklid pada guru, takut kritik ideologi kapitalisme, peranan humanisme dan bersifat kritikal tidak ada dalam insani diri.
Seolah-olah perkara begini lebih kurang samanya kepada budaya sejarah feudal; yang di mana pemikiran feudal dikonkong oleh peranan gereja dan sekadar mengikut pemerintah untuk memenuhi keperluan diri sendiri sahaja bagi meneruskan kehidupan. Ia juga sama terkait dalam pemikiran sebahagian pelajar di mana dia kira pendidikan itu adalah yang menghafal, menulis dan membaca buku untuk memenuhi grade purata dalam melepasi syarat kelayakan akademik atau mendapat segulung ijazah.
“Pada saat ini, kita bergantung kepada sistem ideologi kapitalisme dan neo-liberalisme yang basisnya memberikan khidmat kepada pemodal dengan terus-terusan tanpa jemu.”
Saya tidak kata pendidikan akademik tidak bagus, tetapi kalau sekadar mementingkan akademik berbanding pendidikan emansipasi tidak boleh la. ia sangat jauh daripada kesejahteraan dan fitrah manusia.
Pendidikan Emansipasi secara umumnya membebaskan daripada perhambaan pendidikan. Paulo Faire ada menulis berkenaan idea pedagogi emansipasi dalam tajuknya “A Pedagogy of Active Idealism for Transformative Youth,” di mana dalam nasihat itu ia memupuk golongan anak muda atau pelajar untuk berfikiran progresif, yang berasaskan budaya dan sosial serta berpengetahuan dalam aspek yang melibatkan politik dan ekonomi.
“In all civilized society, whenever its youth is neglected, the road of malaise and inertia is charted. A society that does not bother its youth is one that is not bothered by its future too. Neglecting them means abandoning our future. Some youths are said to be the leaders of tomorrow, yet many other youths could well fall under the category of the ‘downtrodden’ or ‘wretched’ of tomorrow (or simply ‘the average’) as what we have seen in the plight of a great number of youths of today both in the industrialized and poor nations. Our humanistic commitment calls for our efforts to ensure a better tomorrow for all. Herein lies the importance of deliberating the pedagogy of active idealism which is primarily aimed at nurturing and developing a community of progressive or transformative youths.”
Keterlibatan anak muda dalam memasyarakatkan manusia ialah bermulanya melalui pada emansipasi pendidikan. Kata Khuzaiery dalam bukunya memalangi penindasan; menulis “kita perlukan sistem pendidikan yang akarnya ditentukan oleh masyarakat atas dasar memanusiakan manusia. Sistem yang menjadikan pendidikan sebagai alat emansipatoris dan kemanusiaan. Kokurikulum yang dibentuk sentiasa mengangkat masalah yang sedang dialami oleh masyarakat, seterusnya dapat memberdayakan masyarakat, bukannya mengecilkan lagi mereka. Dialog antara masyarakat dengan sistem pendidikan akan memperlihatkan kohesi dan koheran untuk membaiki kekurangan. Itulah pendidikan yang sebenar.
Faiz Eidham, Ahli Mahasiswa Keadilan Malaysia.
Rujukan: 1. Pedagogy of the Oppressed 2.Memalangi Penindasan 3.Pendidikan Emansipasi mengasuh pemikiran kritikal
Jika anda berminat pada menulis, anda boleh menghantar penulisan anda kepada comms.mkm@gmail.com