Agamawan, Pelajar Agama dan Masyarakat Madani

Golongan agamawan dan pelajar agama lebih dikenali sebagai individu yang mengajak kepada masyarakat untuk bersama-sama membimbing ke arah akhirat. Mereka lebih dikenali sebagai kumpulan manusia yang menghimpunkan fatwa, soal hukum hakam dan cahaya keislaman. Namun terbit persoalan adakah benar golongan agamawan dan pelajar agama dapat memandu masyarakat dalam memaknai erti hidup yang sebenar sebagai orang islam?

Kini, saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa golongan agamawan dan pelajar agama adalah influencer yang paling berpengaruh dalam membentuk tamadun dan peradaban yang berkeadilan. Namun, pada akhir akhir ini, saya dapati agamawan dan pelajar agama di sisi malaysia kurang begini(isu masyarakat), yang banyakya adalah suka berbahas atau berdebat pada perkara-perkara yang sudah lama dibahas dan khilaf dalam kalangan ulama. Kesannya melahirkan masyarakat yang jumud dan mengikut para-para ustaz yang mereka minati atas nama “manhaj”.

Dalam kerencaman hidup masyarakat global ini, usah kita sempitkan dengan menghadkan agamawan dan pelajar agama itu hanya sebagai guru mengaji, mengkaji hukum hakam agama, serta sibuk berbahas dalam mempertahankan manhaj. Saya tidak katakan bahawa wacana keilmuan dalam agama itu tidak bagus, namun pentingnya kita melihat secara universal dalam menyebarkan mesej kepada pendidikan awam; bagaimana cara agamawan itu berfungsi sendiri. Saya ingin menyatakan bahawa agamawan dan pelajar agama lah aktivis paling berpengaruh dalam memanusiakan manusia. Golongan ini tidak hanya bicara tentang persoalan hukum hakam, tetapi mereka memberikan alternatif.

“Agamawan yang berjiwa aktivis wajib mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mencapah. Agamawan tidak boleh hanya mengetahui satu dimensi hukum-hakam sahaja dan kemudian bersikap taksub dan jumud. Agamawan harus mengemukakan ruang-ruang kemudahan dan rukhsah dalam Islam agar masyarakat lebih mesra dengan agama dan bukannya lari daripada agama kerana merasakan ia membebankan dan menyukarkan kehidupan.

Islah para agamawan juga seharusya mencakupi usaha membina dan menyuburkan potensi dan kekuatan yang sedia ada dalam masyarakat Islam. Misi islah dapat memandu pembangunan manusia dalam semua aspek dan peringkat berpandukan neraca rabbani atau ketuhanan. Berhubung perkara ini, usaha islah para agamawan wajiblah bersifat action oriented atau berorientasikan amal dan bukan hanya teori di alam abstrak ataupun sekadar terhenti kepada upaca-upacara ritual yang bersikap individual semata-mata.

Pendekatan holistik dalam meladeni masyarakat perlu dijadikan pertimbangan agamawan dalam melakukan tugas islah mereka. Mereka perlu menjadi pembela golongan tertindas, pengisi perut-perut rakyat yang lapar, penegak keadilan, mendepani usaha-usaha melawan rasuah, ketirisan, kecurangan pentadbiran dan juga kezaliman rejim pemerintah.”

Kata tokoh pendakwah dan pemikir Islam dari Indonesia, Mohamad Natsir: "Seandainya para cendekiawan Muslim kurang menyedari tempatnya dalam masyarakat, maka ia akan menjadi orang. 'Ahli' yang memberi nashat menurut pesanan orang yang meminta. Tetapi kalau ia mengerti kedudukannya, maka si cendekiawan muslim itu akan menjadi pusat gagasan dan sumber yang penuh kreativiti, penuh idea dan gagasan, memberikan perspektif dan pengarahan kepada lingkungan di sekelilingnya."

Faiz Eidham, Ahli Mahasiswa Keadilan Malaysia.

Rujukan: Siasah Madani, Dr Maszlee Malik

Jika anda berminat pada menulis, anda boleh menghantar penulisan anda kepada comms.mkm@gmail.com

Comments
* The email will not be published on the website.